Pemain lelaki nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, yang mencipta kejutan mengetepikan pilihan ketiga, Omar Mosaad, dalam pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia 2016, di Kelab Wadi Degla, Kaherah, Mesir, gagal mengulanginya dalam pusingan seterusnya.

Bertemu lawan dari Mesir, Fares Dessouky, Nafiizwan tewas tipis 3-2 (11-13, 11-6, 6-11, 12-10, 6-11), selepas memberikan tetangan sengit dalam pertarungan yang berlangsung selama 99 minit itu, sekaligus terlepas peluang ke suku akhir buat kali pertama.

Menanti Dessouky dalam perlawanan suku akhir esok ialah rakan senegaranya, Ramy Ashour, selepas juara dunia tiga kali itu menewaskan lawannya dari England, Daryl Selby, 11-6, 8-11, 11-5, 11-8 dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.