Rafael Nadal dilabel sebagai kebangsaan Sepanyol oleh pengurus La Roja, Luis Enrique, berikutan kejayaannya menjuarai Terbuka Perancis.

Nadal meraih gelaran ke-13 Roland Garros dengan kemenangan straight-set ke atas Novak Djokovic Ahad lalu, membenarkannya menyamai rekod Roger Federer dengan 20 grand slam.

Ia merupakan kemenangan ke-100 dalam pertandingan di Paris di mana dia mendominasi saingan tersebut, tewas hanya dua kali.

Nadal meraih kemenangan 6-0, 6-2, 7-5 ke atas wakil nombor satu dunia itu Philippe Chatrier selepas sekadar melakukan 14 unforced error sementara lawannya 52.

Dan Luis Enrique, yang bakal membimbing pasukan berdepan Ukraine dalam Liga Negara-Negara awal pagi esok, memuji rakan senegara berusia 34 tahun itu.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepadanya bagi pihak Persekutuan Bolasepak Sepanyol," katanya.

"Saya sentiasa melihat caranya berdepan kegagalan dan menghormati lawannya.

"Dia merupakan kebangsaan Sepanyol, dia menawarkan kami pengajaran dalam kehidupan."

Nadal kini telah meraih 999 kemenangan dalam kariernya dalam kesemua pertandingan, dengan 201 kekalahan dan meraih 86 gelaran.