Rafael Nadal memilih untuk memulakan musim beraksi di gelanggang tanah liat di Madrid selepas berakhirnya Terbuka AS.

Pemain nombor dua dunia itu bakal berdepan jadual padat jika dia memilih untuk beraksi New York bagi mempertahankan gelaran grand slamnya.

Kejohanan itu akan dipertandingkan secara tertutup di Flushing Meadows dan berkemungkinan Terbuka Madrid, acara Siri Masters, perlu beroperasi dengan situasi yang sama.

Saingan Terbuka Madrid terpaksa ditangguh sejak Mei dan dijadualkan bermula pada 13 September ini, hari perlawanan akhir Terbuka AS.