Pelumba GP2 negara, Muhammad Nabil Jeffri, memberikan bayangan awal akan berhijrah ke pasukan baru musim hadapan ekoran prestasi kurang memberangsangkan bersama pasukan Arden International musim ini.

Selepas mengharungi 10 pusingan, Nabil gagal mempamerkan pemanduan yang baik bersama pasukannya, Arden International.

Hanya mampu mengutip dua mata dan menghuni tangga ke-21 daripada 24 pelumba, Nabil berasakan jodohnya bersama pasukan itu tidak akan kekal lama.

Justeru, dia sudah pun mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan dari Eropah, antaranya dari Itali, Perancis dan Britain, untuk berhijrah musim hadapan.

“Saya berharap untuk meraih kejayaan bersama pasukan lain, jika dapat berlumba dalamGP2, kerana ia merupakan satu perkara yang penting buat saya untuk mempertingkatkan lagi kualiti saya bersama pasukan yang lebih baik,” jelas Nabil.

Saingan GP2 masih lagi berbaki satu pusingan di Dubai bulan depan.

Justeru, Nabil masih lagi bertekad mahu sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan terakhir itu dengan kejayaan mengutip mata.

“Saya akan cuba memberikan tumpuan untuk membuat yang lebih baik berbanding di Sepang dan perlumbaan lain. Saya berharap untuk mengutip mata di Abu Dhabi,” tambahnya.