NAAM perlu cari pengganti Zaki

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2017 32
NAAM perlu cari pengganti Zaki
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) berdepan cabaran mencari pengganti jurulatih skuad compound selepas Muhammad Zaki Mahazan menandatangani kontrak sebagai jurulatih Kedah menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Perak, tahun depan.

Tidak sampai setahun membimbing skuad compound negara, Zaki mengambil keputusan meninggalkan pusat latihan di Bukit Jalil.

Ia meninggalkan kekosongan yang perlu diisi segera memandangkan compound kembali dipertandingkan dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Zaki sudah memulakan tugas di Kedah dan berharap skuad negara berjaya di Indonesia.

“Saya telah menandatangani kontrak bersama skuad memanah Kedah dan menamatkan khidmat bersama Majlis Sukan Negara (MSN),” kata Zaki.

"Saya memiliki sasaran yang harus dilunaskan bersama Kedah dalam Sukma," ujarnya.

NAAM akan mengadakan mesyuarat bersama Institut Sukan Negara (ISN) esok dalam usaha menyenaraikan compound dalam Program Podium.

Sementara itu, pengendali skuad memanah, Lee Jae-hyung, sedang berusaha mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) untuk menyertai kejohanan ujian di Jakarta, Februari depan.

“Kami sedang berusaha untuk berbincang mengenai penyertaan dalam kejohanan ujian buat atlet-atlet bagi membiasakan diri dengan venue tersebut,” kata Jae-hyung.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen