Ikon sukan dan global, Muhammad Ali, meninggal empat tahun lalu semalam.

Di sini kita melihat kembali beberapa detik paling berkesan dalam karier legenda petinju ini.


CLAY-LISTON I

Ali -- yang pada ketika itu dikenali sebagai Cassius Clay -- turun dalam perlawanan pertamanya dengan Sonny Liston sebagai petinju bukan pilihan, dengan juara kelas berat WBA dan WBC itu telah berjaya merangkul dua kemenangan pusingan pertama ke atas Floyd Patterson. Namun, Liston gagal memberikan aksi terbaik pada permulaan pusingan ketujuh, memberikan kemenangan kepada Ali. Mereka kembali ke gelanggang untuk perlawanan kedua yang turut dimenangi Ali, namun terpalit dengan isu mengatur perlawanan tetapi tuntutan itu tidak pernah dibuktikan.
THE FIGHT OF THE CENTURY

Ali telah memenangi 31 pertarungan dan pada 1971, ia merupakan kali pertama dia berdepan Joe Frazier. Ali, setelah dilucutkan gelarannya dan menjalani larangan selama tiga tahun setengah kerana menolak perkhidmatan ketenteraan, ingin memenangi semula kembali gelarannya yang terpaksa dikosongkan sebelum penggantungannya. Namun, Frazier akhirnya muncul sebagai pemenang dengan keputusan sebulat suara, menjatuhkan Ali pada puingan terakhir.

RUMBLE IN THE JUNGLE

Kemenangan ke atas Frazier dalam pertandingan ulangan tanpa mempertaruhkan gelaran merupakan pendorong semangat ideal untuk Ali menjelang pertarungan dengan juara yang digeruni, George Foreman, di Zaire (sekarang dikenali sebagai Republik Demokratik Kongo). Foreman telah mengalahkan Frazier pada tahun 1973 dan berjaya mempertahankan gelarannya ketika menentang Jose Roman dan Ken Norton, menuju ke Afrika sebagai petinju pilihan. Namun, Ali menggunakan apa yang dikenal sebagai taktik 'rope-a-dope' dengan bersandar pada tali gelanggang , yang membolehkan Foreman memukul dirinya sendiri dan mengarahkan pukulan lurus di muka lawannya. Pendekatannya berhasil, ketika Ali menghentikan seorang Foreman yang keletihan di pusingan kelapan.

THRILLER IN MANILA

Pertarungan ketiga dan terakhir antara Ali dan Frazier menepati jangkaan jika dibandingkan dua perlawanan terdahulu, menjadikan ia sebagai pertembungan klasik sepanjang zaman. Pasukan Frazier menggunakan penekanan terhadap taktik 'underhand' yang mereka berasakan telah digunakan Ali dalam pertemuan kedua terdahulu. Namun, Ali kekal mempertahankan gelarannya selepas bertarung selama 14 pusingan.Masih terdapat perdebatan mengenai Ali seharusnya bersara selepas perlawanan terakhir berdepan Frazier, tetapi dia terus bersaing. Ketika Ali terlepas gelarannya kepada Leon Spinks -- juara Olimpik kelas heavyweight 1976 -- Ali tidak lagi dapat mengulangi persembahan terbaiknya. Bagaimanapun, Ali masih cukup pintar untuk memenangi pertandingan ulangan pada 1978 di New Orleans, menjadi petinju pertama dalam sejarah yang bergelar juara dunia kelas heavyweight sebanyak tiga kali.