MSN sediakan program buat atlet pelapis

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2017 174
MSN sediakan program buat atlet pelapis
Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil langkah proaktif dalam menyediakan program jangka masa panjang, khususnya buat atlet pelapis menghadapi dua temasya Sukan SEA bermula edisi 2019.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan inisiatif ini akan dibincangkan menerusi sebuah jawatankuasa kerja bulan depan.

Pengkhususan ke arah atlet pelapis adalah bagi memastikan mereka tidak terkesan dengan tumpuan kepada program utama seperti Program Podium.

Begitu juga program jangka masa pendek pada 2018 bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Kami akan mengadakan program jangka masa panjang bagi menghadapi dua edisi Sukan SEA akan datang," kata Shapawi.

MSN juga menegaskan atlet muda serta mereka yang tersisih daripada program utama masih memiliki peluang untuk menjadi sebahagian daripada kelompok elit pada masa hadapan bergantung pada prestasi.

Sementara itu, MSN mahu setiap persatuan sukan mengambil inisiatif untuk memperkuat program masing-masing dengan mencari dana tambahan.

"Kami menggalakkan persatuan sukan untuk mendapatkan dana tambahan bagi meningkatkan perbelanjaan mereka," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen