MSN jamin persiapan lengkap atlet untuk Tokyo 2020

Oleh Staff Writer 18 Februari 2020 69
MSN jamin persiapan lengkap atlet untuk Tokyo 2020
Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah, perlu memastikan barisan atlet yang akan membuat penampilan dalam Tokyo 2020 mempunyai perancangan program lengkap.

Susulan penangguhan Sukan Para Asean Filipina 2020 buat kali kedua yang sepatutnya bermula pada 18 hingga 24 Januari lalu tetapi ditangguhkan kepada 20 hingga 28 Mac depan, ia dilihat merencatkan persiapan barisan atlet untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas mereka terpaksa merombak semula program latihan mereka.

Bagaimanapun, Sofian akan membantu atlet untuk memperoleh persiapan lengkap bagi memberi cabaran di pentas Sukan Paralimpik, Ogos depan.

"Bagi program untuk Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kami baru sahaja mengadakan bengkel dengan persatuan sukan kebangsaan dan jurulatih untuk melihat lebih teliti, apakah persediaan spesifik yang perlu dilaksanakan bagi memastikan atlet kebangsaan yang telah layak serta mereka yang dijangkan mara agar mendapat kemudahan yang sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Sofian tidak menolak kemungkinan penundaan itu akan menjejaskan sasaran pingat saingan di Filipina nanti.

"Memandangkan kejohanan ini telah tertangguh dua kali, fokus atlet mungkin telah berubah sambil tarikh baru masih belum dikenal pasti. Jadi, daripada segi latihan dan program, ia agak terjejas. Daripada segi pingat atau sasaran, ia mungkin akan sedikit berubah."


Editor: Nafis Abdullah  
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen