MSKPPM: Kelantan mahu lepasi peringkat kumpulan

Oleh Farizal Yusoff 16 Disember 2019 144
MSKPPM: Kelantan mahu lepasi peringkat kumpulan
Skuad bola jaring Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Kelantan (PSKPPK) bertekad layak ke peringkat seterusnya dalam Kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Ke-47 di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN), Ayer Keroh, Melaka pagi esok.

Pengurusnya, Noorzilawati Ab. Rahim, berkata berada bersama pasukan pilihan, Sabah, Pulau Pinang dan Johor dalam Kumpulan D memberi peluang kepada pemainnya untuk cuba mencipta kejutan.

"Kami akan memulakan aksi dengan menentang Johor sebelum menentang Pulau Pinang di sebelah petang.

“Insya-Allah, kami mahu bermula dengan langkah kanan dan ketua jurulatih sedang memikir strategi terbaik," katanya.

Noorzilawati berkata skuadnya telah membuat persiapan awal sebelum ke Melaka dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan.

 

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen