Mr AWT Classic tawar hadiah keseluruhan RM60,000

Oleh Tengku Danish Bahri 21 Disember 2017 100
Mr AWT Classic tawar hadiah keseluruhan RM60,000
Seramai 300 peserta dijangka mengambil bahagian dalam Kejohanan Bina Badan Mr AWT Classic Terbuka Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Ahad ini.

Menurut pengerusi kejohanan, Mazlisham Abdullah, sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM60,000.

Lapan kategori tumpuan ialah men muscle, bina badan atas dan bawah 75kg, badan cantik atas dan bawah 170sm, bakat baru badan cantik atas dan bawah 170sm serta badan cantik tertutup Terengganu.

Mazlisham berkata kejohanan itu merupakan yang terbesar di Pantai Timur selain membariskan jaguh-jaguh bina badan dalam negara.

“Kami mahu menjadikan Mr AWT Classic sebagai acara tahunan dan bertaraf Asia pada tahun depan.

“Malah, hadiah keseluruhan antara yang paling lumayan bakal menarik minat peserta dari dalam dan luar Terengganu,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu menyertai kejohanan ini boleh hadir ke Stadium Tertutup Komples Sukan Negeri bermula 3 petang hingga 8 malam pada Sabtu untuk membuat pendaftaran.
 

Tentang Penulis

 Tengku Danish Bahri

Komen