MOM lega IOC terima pandangan 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 Mac 2020 52
MOM lega IOC terima pandangan 


Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lega suara mereka terhadap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dipenuhi yang membabitkan rayuan memanjangkan tempoh kelayakan sukan-sukan utama ke temasya Sukan Olimpik Tokyo Julai depan.

Semalam, menerusi sidang video membabitkan kesemua anggota negara bersama IOC menyatakan pendirian sama seperti Malaysia, iaitu meminta jawatankuasa itu agar memanjangkan tempoh kelayakan ke temasya Tokyo 2020.

Kebanyakan tarikh tutup kelayakan akan berakhir bulan depan, ia dilihat sukar untuk dipenuhi memandangkan banyak acara sukan tergendala gara gara-penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Hasil mesyuarat tersebut ternyata membuahkan keputusan positif apabila beberapa badan induk sukan utama seperti terjun, renang dan angkat berat menunda tempoh kelayakan mereka sehingga Jun depan.

"Seramai 11,000 atlet akan terlibat dalam Sukan Olimpik dan hanya 57 peratus yang sudah layak sementara 43 peratus lagi belum," kata Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Setakat ini, Malaysia sudah mempunyai 12 wakil yang akan beraksi dalam temasya itu dan masih mengharapkan beberapa atlet seperti badminton, golf dan olahraga menyusul.

"Badan sukan dunia sudah bersetuju untuk menerima permintaan mereka. 

"Apa jua keputusan akan diberitahu semua IOC  pada awal pertengahan depan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen