Mike Tyson melaungkan perkataan "saya kembali" ketika dia menutup cakap-cakap buruk mengenai keupayaannya dengan sesi latihan yang amat keras.

Legenda tinju heavyweight itu mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa dia merancang untuk kembali ke gelanggang pada usia 53 tahun.

Bekas juara dunia itu akan mengadakan satu pertarungan pertunjukan bagi tujuan amal selepas 15 tahun bersara.

Evander Holyfield, 57, berkata dia bersedia untuk melengkapkan pertarungan trilogi dengan Tyson, yang kelihatan berada dalam fizikal terbaik dan boleh melepaskan beberapa tumbukan padu seperti yang dipertontonkan dalam kiriman video Instagram semalam.

Anything is possible when you are smart about it. Train Smart. Recover Smarter. @smartcups #SmartCups #baddestmanontheplanet #stillthebaddestmanontheplanet @tysonranchofficial @coppergel #tysonranch SmartCups.com

A post shared by Mike Tyson (@miketyson) on