Mike sedia pertahan gelaran Mr. Universe

Oleh Staff Writer 26 Oktober 2019 110
Mike sedia pertahan gelaran Mr. Universe
Gelaran Mr. Asia kelima menyuntik semangat jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, untuk memburu gelaran Mr. Universe keempat di Korea Selatan bermula 5 November ini.

Syarul Azman, yang lebih dikenali sebagai Mike, membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri apabila meraih gelaran Mr. Asia kelima awal bulan ini.

Mike mengakui kejayaan itu sedikit-sebanyak meningkatkan keyakinannya untuk mempertahankan gelaran Mr. Universe.

"Kemenangan dalam Kejohanan Asia memberikan saya semangat.

"Sebelum ini, saya agak takut-takut juga.

"Setiap atlet pasti akan berasa gemuruh tetapi saya dapat menguasainya dalam Kejohanan Asia.

"Ia memberikan saya semangat untuk terus berjuang dalam Kejohanan Dunia," katanya.

Tambahnya, persediaannya sudah di tahap terbaik dan bersedia untuk menghadapi setiap pencabar di Korea Selatan.

"Daripada segi kondisi, saya boleh bersedia.

"Saya sudah melakukan kerja rumah dalam aspek itu.

"Apa yang penting buat masa ini ialah penjagaan makanan.

"Saya sudah bersedia, jadi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan pingat emas buat Malaysia," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen