Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, mengelak makanan berminyak sepanjang sambutan Deepavali dalam misi menjuarai Mr Universe buat kali ketiga berturut-turut.

Kejohanan Bina Badan Dunia akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand, bulan depan.

Syarul Azman atau dikenali sebagai Mike perlu menjalani diet pemakanan ketat sejak Julai lalu.

Mr Asia 2018 berkenaan bukan sahaja mengelak makanan berminyak serta berlemak, malah terpaksa mengurangkan air dalam badan bagi mendapatkan otot terbaik.

Mike sudah menjuarai Mr Asia bulan lalu dan akan cuba mencatat kejayaan berganda menerusi Mr Universe bulan depan.

"Saya ada matlamat. Kalau boleh, saya ingin mencipta hatrik dalam Mr Universe untuk Malaysia.

"Saya akan curahkan segala-galanya. Saya perlu korbankan masa dan pemakanan," katanya.

Mike memeluk agama Islam pada 1992.

Lebih unik, perbezaan agama tidak menghalang mereka untuk meraikan Deepavali dan Aidilfitri.

"Saya langsung tidak menggunakan minyak dalam masakan.

"Kalau Mike balik, maka saya tidak akan menggunakan garam dalam masakan," jelas ibunya, S. Neelawati.