Mesyuarat Penilaian KHM: Keputusan diumumkan selepas tiga minggu

Oleh Staff Writer 23 Januari 2020 66
Mesyuarat Penilaian KHM: Keputusan diumumkan selepas tiga minggu
Skuad hoki negara menghadiri Mesyuarat Penilaian Semula bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di Bukit Jalil hari ini bagi menyiasat mengenai kegagalan mereka layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas mendapat input daripada pemain skuad lelaki dan wanita negara, keputusan mesyuarat itu akan diumumkan oleh KHM selepas tiga minggu ini.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah mengenai siapa yang akan dilantik menjadi penolong jurulatih skuad remaja lelaki negara selepas Nor Saiful Zaini Nasiruddin menolak tawaran itu.

Dikhabarkan juga terdapat jurulatih negara yang enggan ditawarkan kontrak baru oleh KHM.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena selanjutnya.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen