Menembak: Johnathan akui kecewa digugurkan daripada skuad kebangsaan

Oleh Staff Writer 9 Mac 2020 104
Menembak: Johnathan akui kecewa digugurkan daripada skuad kebangsaan
Penembak negara, Johnathan Wong, melahir rasa kecewa selepas diketepikan daripada program Majlis Sukan Negara (MSN), namun percaya keputusan yang dilakukan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) itu adalah bertujuan untuk membangunkan skuad kebangsaan.

Menerusi satu sesi temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah, hari ini, Johnathan berkata: "Secara umumnya, saya agak kecewa kerana sudah lama bersama skuad kebangsaan.

"Perkara ini agak di luar jangkaan kerana mereka (NSAM) mengubah kriteria kelayakan (untuk menyertai program itu).

"Tetapi berdasarkan penjelasan mereka, saya faham bahawa saya tidak layak berdasarkan kriteria itu.

"Sudah pasti saya kecewa, bukan sahaja disebabkan keputusan itu tetapi juga disebabkan prestasi saya," katanya.

Mengenai tawaran untuk melantiknya sebagai penyelaras skuad kebangsaan, Johnathan menambah: "Baru-baru ini, kami mengadakan pertemuan dan saya ditawarkan tugas itu.

"Sudah pasti mereka sedang menunggu pengesahan saya dan saya juga sedang menunggu mereka untuk menjelaskan tugas dan kontrak saya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen