Melaka lepasi sasaran dua emas di SOPMA 19

Oleh Staff Writer 4 Oktober 2016 6
Melaka lepasi sasaran dua emas di SOPMA 19
Kontinjen Melaka dalam Sukan Orang Pekak Malaysia Ke-19 (SOPMA 19) yang berlangsung di Sarawak, melepasi sasaran dua emas yang ditetapkan oleh Kerajaan Melaka.

Penasihat Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MasDeaf Melaka), Profesor Dr Zaidi Embong, menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian kontinjen Melaka.

"Kini Melaka mempunyai tiga emas, saya sangat gembira. Tiga emas itu telah membuktikan atlet kita telah bersaing sebaik mungkin. Ini satu pencapaian yang patut dibanggakan oleh semua rakyat Melaka."

Melaka kini berada di tangga kelima dengan pungutan tiga emas, dua perak dan dua gangsa.

Tiga emas disumbangkan oleh atlet badminton dalam kategori perseorangan wanita, iaitu Boon Wei Ying, beregu wanita, Boon Wei Ying-Lee Chiew Peng, serta beregu campuran, Boon Wei Ying-Yeo Kok Fang.

Sementara itu, dua perak dan dua gangsa juga disumbang oleh atlet badminton.
 
Kini kontinjen Melaka fokus terhadap bola sepak, di mana MASdeaf FC dilihat mempunyai prestasi yang cukup memberangsangkan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen