Pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Acara, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bakal mengadakan acara “Melaka Balloon Run 2017” pada 19 Februari depan.

Program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Barah Melaka (PBM) dan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu persatuan berkenaan dan menyuntik kesedaran dalam diri setiap peserta yang menyertai acara ini.

“Kami anjurkan acara ini untuk meningkatkan kesedaran memerangi penyakit kanser melalui kempen beatcancer dengan berkolaborasi bersama Persatuan Barah Melaka”, kata pengurus Program “Melaka Balloon Run”, Muhammad Ahsraf Ramli, ketika dihubungi.

Program ini merupakan kesinambungan Program PMM Fun Run 2015 dan PMM Colour Run 2016 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMM.

Kedua-dua acara larian tersebut mendapat sambutan menggalakkan, masing-masing dengan penyertaan 650 dan 860 orang.

Oleh kerana kejayaan dua tahun penganjurannya, acara ini diteruskan tahun ini dengan sasaran 1,000 peserta.

Penyertaan dibuka sehingga 9 Januari ini dan pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang www.howei.com.

Lima ringgit dari wang penyertaan yang diterima akan disumbangkan kepada Persatuan Barah Melaka (PBM).