Meeraj umum persaraan, mahu lawan Farkhan sebagai aksi terakhir

Oleh Ammar Hakim 20 Ogos 2020 64
Meeraj umum persaraan, mahu lawan Farkhan sebagai aksi terakhir
Petinju profesional negara, Meeraj Khan, mengumumkan persaraan selepas meraih tiga tali pinggang kejuaraan dalam tempoh 15 tahun namun hanya ada seorang petinju yang dapat menarik Meeraj kembali ke gelanggang.

"Saya agak kecewa dengan mengambil keputusan untuk bersara, perlawanan berdepan Farkhan Harun hanya mampu membawa saya kembali ke gelanggang," kata Meeraj.

Meeraj bersara selepas mewakili negara dalam tinju amatur, sambo, seni bela diri campuran (MMA) sebelum bergelar petinju profesional pada 2005.

"Farkhan merupakan seorang petinju terbaik negara. Seorang yang berbakat dan memiliki kemampuan yang sangat berkualiti. Dia mengambil keputusan yang tepat dalam karier dan jika saya akan kembali ke gelanggang, Farhan adalah lawan yang mahu saya beraksi di atas gelanggang."

Beliau antara perintis arena tinju profesional di Malaysia namun masalah mendapatkan tajaan ekoran pandemik Covid-19 selain kecederaan memaksa petinju berusia 30 tahun itu bersara.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen