Presiden UFC, Dana White, berkata Conor McGregor 'sudah bersedia' selepas bintang Ireland itu menyasarkan pertembungan di 'Pulau Tempur' ekoran penularan koronavirus.

COVID-19 memaksa saingan sukan dan UFC ditangguh tetapi mereka akan kembali membuat penampilan di Florida, di mana Tony Ferguson dan Justin Gaethje merupakan perlawanan utama bagi UFC 249 Sabtu ini.

Selepas juara tanpa kalah kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov, terpaksa digantikan sebagai lawan Ferguson ekoran sekatan perjalanan, White telah berusaha untuk menganjurkan perlawanan di sebuah pulau peribadi.

Ketika gembira untuk menurunkan McGregor bertinju tanpa sebarang penyokong, White berkata bekas juara kategori featherweight dan lightweight itu -- kali terakhir beraksi Januari lalu -- sudah tidak sabar untuk kembali beraksi.
Youtube Embed

"Conor sudah bersedia untuk bertarung. Dia berada tahap terbaik, sudah bersedia untuk beraksi," katanya.

"Pertama sekali, 'Pulau Tempur' akan menjadi sesuatu yang penting bagi melaksanakan perlawanan ini.

"Kami saling berhubung, Dia sudah bertanya mengenai tarikh 'Pulau Tempur' dan dia sudah tidak sabar untuk berlawan.

"Ia amat memedihkan bagi saya untuk menurunkan Conor tanpa penyokong. Dia mampu menarik ramai penonton."

UFC 249 pada asalnya diadakan 18 April lalu tetapi krisis koronavirus memaksa saingan ditunda dan telah dijadualkan semula.