McGregor dakwa akan bertinju dengan Pacquiao

Oleh Ammar Hakim 26 September 2020 157
McGregor dakwa akan bertinju dengan Pacquiao
Conor McGregor mendakwa dia bersedia untuk bertarung dengan Manny Pacquiao di Timur Tengah dalam perlawanan seterusnya.

McGregor, bekas juara UFC kategori featherweight dan lightweight, dengan sensasinya bersara Jun lalu, tetapi memberikan bayangan awal bulan ini bahawa dia akan kembali tahun depan.

Setelah sekian lama melepaskan kekecewaannya Twitter kerana kekurangan aksi tahun ini -- dengan hanya perlawanannya ketika berdepan Donald Cerrone Januari lalu -- McGregor berkata dia bersedia untuk kembali bertinju.

McGregor tewas kepada Floyd Mayweather Jr. Ogos 2017 dan dijangka berdepan petinju berusia 41 tahun, Pacquiao.

"Saya akan bertinju dengan Manny Pacquiao selepas ini di Timur Tengah," katanya.
 

Pacquiao (62-7-2) bertinju dua kali tahun lalu, memenangi gelaran WBA (Super) welterweight dengan menewaskan Keith Thurman Julai 2019.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen