Karen Khachanov melakar kejutan apabila menamatkan rekod kemenangan 22 perlawanan berturut-turut Novak Djokovic untuk menjulang gelaran terbesar dalam kariernya dalam Kejohanan Masters Paris.

Djokovic tidak pernah tewas sejak kali terakhir disingkirkan oleh Stefanos Tsitsipas dalam Piala Rogers tetapi pemain nombor satu dunia itu gagal untuk mengatasi salah seorang bintang meningkat naik semalam.

Khachanov mempamerkan persembahan berkualiti, menafikan pemenang grand slam 14 kali itu untuk menjulang gelaran Masters yang ke-33 dengan kemenangan 7-5, 6-4 di Bercy.

Djokovic menyingkirkan Roger Federer dalam separuh akhir kelmarin tetapi gagal untuk mengulangi persembahan yang sama apabila Khachanov tampil dengan pukulan-pukulan berkualiti dalam perlawanan akhir.

Wakil Russia itu memenangi 76 peratus mata dalam perlawanan itu menerusi servis pertama serta merampas tiga permainan daripada Njokovic, bangkit daripada ketinggalan 1-3 sebelum memenangi gelaran ketiga musim ini dan yang keempat dalam kariernya.

Djokovic menggantikan Rafael Nadal selaku pemain nombor satu dunia hari ini tetapi gagal meneruskan rekod gelaran yang dimenangi oleh wakil Sepanyol itu menjelang ATP Akhir di London.