Marquez hampiri kejuaraan keempat

Oleh Penulis Jemputan 22 Oktober 2017 24
Marquez hampiri kejuaraan keempat
Marc Marquez meraih kemenangan di litar Phillip Island bagi perlumbaan Grand Prix Australia, sekaligus mencerahkan peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan dunia dengan berbaki dua perlumbaan.

Melakar enam kemenangan  musim ini, Marquez meninggalkan ikon sukan pemotoran dunia, Valentino Rossi dan Maverick Vinales, di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 40minit 49.72 saat. 

Dua perlumbaan terakhir, GP Malaysia dan GP Valencia, akan menjadi penentu kejuaraan dunia Marquez untuk kali keempat.

Sementara itu, pelumba 19 tahun Moto3 negara, Adam Norrodin, qmenamatkan saingan di tempat kelapan.

Adam menyamai prestasi terbaiknya di GP Austria dalam perlumbaan kali ini. 

Beraksi dalam cuaca dingin, Adam bersama jenteranya, SIC Racing Team, menunjukkan prestasi konsisten di sepanjang pusingan di mana dua kedudukan terbaik dikuasai pelumba Leopard Racing, Joan Mir, dengan catatan 24 minit 51.490 saat, diikuti Livio Loi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen