Manshahar akur keputusan Rayzam

Oleh Ammar Hakim 4 November 2020 112
Manshahar akur keputusan Rayzam
Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, menghormati keputusan jaguh 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, yang mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Terbuka Malaysia Disember ini.

Baginya, keputusan itu dibuat seiring dengan keadaannya yang berpangkalan di kawasan zon merah, Sabah akibat penularan wabak Covid-19.

"Kami telah menyenarai enam pelari yang terbaik dan saya berasakan Rayzam perlu membuat persiapan bagi kejohanan tahun hadapan bagi membolehkan dia layak ke Sukan Olimpik Tokyo," kata Manshahar.

Itu pendapat Manshahar yang Berasakan keputusan dibuat adalah bagi menjaga reputasi atlet berusia 32 tahun itu yang berada di ranking nombor satu Malaysia.

Bagaimanapun, Manshahar menyatakan pintu buat Rayzam sentiasa terbuka jika dia berubah fikiran dalam tempoh kurang dua bulan menjelang kejohanan itu.

Dalam masa sama, atlet muda, Mohd Rizzua Haizad, menjelaskan kehadiran Rayzam sepatutnya menjadi pembakar semangatnya dalam kejohanan itu.

Namun mengambil peluang untuk menonjolkan prestasi terbaiknya bersama rakan sepasukan, Benedict Ian Gawok.

"Acara 110m berpagar ini memerlukan saingan yang mantap. Dengan kehadiran Rayzam akan meningkatkan catatan masa semua pesaing. Ketiadaannya akan menyaksikan saya dan Benedict akan mencabar bagi meraih pingat emas," kata Rizzua.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen