Malaysia sahkan slot suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016

Oleh Shaiful Shamsudin 30 November 2016 2
Malaysia sahkan slot suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016
Malaysia yang diketuai oleh Datuk Nicol David melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 apabila meneruskan rentetan kemenangan mereka di Perancis. 

Pasukan negara meraih kemenangan kedua dalam kempen itu apabila membenam Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan C, awal pagi tadi. 

Mata pertama Malaysia disumbangkan pemain remaja, S.Sivasangari, apabila menundukkan Christine Nunn 12-10, 9-11, 15-13, 11-8.

Delia Arnold tidak menghadapi masalah ketika berdepan Rachel Grinham dengan kemenangan 11-9 11-9 11-7.

Nicol pula hanya mengambil tempoh 27 minit untuk mengesahkan kemenangan mutlak buat Malaysia hasil kemenangan 11-8, 11-4, 11-5 ke atas Donna Urquhart.

Malaysia akan berdepan Austria esok untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen