Makmal ujian New Delhi tahan 17 sampel atlet Sukma

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2018 148
Makmal ujian New Delhi tahan 17 sampel atlet Sukma
Susulan dua kes atlet Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang didapati positif doping, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) bimbang jumlah kes akan meningkat apabila makmal ujian di New Delhi, India menahan keputusan 17 sampel untuk dijalankan diuji lebih spesifik.

Sukma 2018 yang tamat kira-kira tiga minggu lalu kini menyaksikan sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan sampel A terpaksa menjalani ujian susulan di New Delhi.

Langkah itu terpaksa dilakukan ekoran mempunyai unsur-unsur mencurigakan hingga ADAMAS terpaksa menunggu selewat-lewatnya Isnin depan untuk mendapatkan keputusan baki 17 sampel tersebut.

Ikuti perkembangan lanjut di Nadi Arena jam 5.30 petang, 7.30 malam dan 11.00 malam ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen