LTdL: Harrif mohon KBS bantu selesai kemelut wang kemenangan

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Mei 2020 186
LTdL: Harrif mohon KBS bantu selesai kemelut wang kemenangan
Mohd Harrif Salleh memohon campur tangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memastikan pelumba berbasikal lebuh raya mendapat hak mereka. 

Ia susulan laporan Nadi Arena semalam mengenai kegagalan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk melunaskan hadiah wang kemenangan bernilai lebih RM800,000.

"Wang kemenangan itu adalah hasil titik peluh kami.

"Ia juga akan digunakan bagi tujuan membeli makanan.

"Sebenarnya sudah beberapa kali wang kemenangan kami lambat dibayar malah ada juga yang tidak dibayar.

"Kalau menerimanya, kami lebih seronok," kata pelumba tempatan terbaik edisi kali ini itu kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi. 




Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu mengharumkan nama Malaysia apabila menawan dua peringkat dalam edisi ke-25 berkenaan, Februari lalu.

Tambahnya: "Penganjur perlu ambil berat hal ini. 

"Mereka perlu pastikan wang kemenangan itu sudah pun tersedia. Kalau dalam kejohanan-kejohanan di luar negara, pelumba akan dibayar secara tunai sejurus tamat perlumbaan. 

"Ia sekali gus menambah semangat pelumba jadi tidak timbul isu pada kemudian hari.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen