Leukemia, strok lebur impian Faiz Putra

Oleh Ammar Hakim 16 Jun 2020 6084
Leukemia, strok lebur impian Faiz Putra

Impian Mohd Faiz Putra Abd Razak untuk bergelar jurulatih negara tidak kesampaian apabila terlantar di hospital sejak April lalu, bekas pemain kebangsaan itu disahkan mengidap leukemia dan strok.

Dulu hebat di dalam gelanggang, kini Faiz terlantar di hospital apabila menghidap leukemia dan lebih parah, dia diserang strok hingga lumpuh bahagian kiri badan.

Bekas atlet bola tampar pantai berusia 30 tahun itu sepatutnya buat penampilan sulung sebagai jurulatih negara pada Kejohanan Bola Tampar Pantai B-19 tahun Asia di Bangkok, Oktober depan namun impian itu nampaknya -- tidak kesampaian.

"Saya tidak sangka penyakit yang dihadapi mampu sampai ke tahap kanser ditambah pula dengan penyakit Arteriovenous Malformation (AVM), penyakit yang boleh berlaku kepada satu populasi di dunia, semua ini berlaku secara mengejut," kata Faiz.

"Kedua-dua orang anak kami adalah kekuatan saya untuk terus membantu suami agar kembali sembuh seperti sedia kala," kata isteri Faiz, Nur Ili Ibrahimul Ghani.

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Faiz Putra yang turut bertugas sebagai pensyarah di UiTM Perlis. Faiz sebenarnya pernah beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Terbuka Malaysia tiga tahun lalu dan berjaya mara ke suku akhir.

Pencapaian Terbaik :
• Suku Akhir Jelajah Dunia 
  Terbuka Malaysia 2017

Fakta Menarik :
• Wakili Malaysia bersama 
  Rafi Asruki sejak 2006 -2017
  secara separuh masa.

• Pensyarah Fakulti 
  Sains Sukan & Rekreasi di 
  UiTM Perlis.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen