Lesen tinju Saunders digantung gara-gara cabaran media sosial tidak masuk akal 

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Mac 2020 198
Lesen tinju Saunders digantung gara-gara cabaran media sosial tidak masuk akal 
Lesen tinju Billy Joe Saunders digantung selepas dia menawarkan nasihat kepada lelaki tentang bagaimana untuk memukul pasangan mereka ketika kawalan pergerakan akibat wabak koronavirus baru (Covid-19).

Saunders menunjukkan teknik tumbukan ke arah karung tinjunya menerusi satu video yang disiarkan di media sosial sambil menerangkan apa yang harus dilakukan jika "wanita tua anda memberi anda ciuman" dan bagaimana untuk "memukulnya di dagu".

Promoter, Eddie Hearn, terkejut dengan tindakan bodoh juara dunia super WBO itu.

Lembaga Kawalan Tinju British (BBBofC) semalam menggantung pemain berusia 30 tahun itu yang akan menghadapi sesi pendengaran.

Menurut satu kenyataan daripada Setiausaha Agung BBBofC, Robert W. Smith, berkata: "Lembaga Kawalan Tinju British setelah mempertimbangkan komen yang dibuat oleh Billy Joe Saunders di media sosial dan telah menggantung lesen petinjunya sementara menunggu sesi pendengaran di bawah peraturan salah laku. Ia akan ditetapkan pada satu tarikh dan tempatnya akan disahkan secepat mungkin. "

Saunders pantas memohon maaf di Twitter dan menegaskan bahawa dia bertolak ansur terhadap keganasan rumah tangga selepas menerima kecaman hebat.

Hearn memberitahu talkSPORT: "Saya belum bercakap dengannya lagi. Saya telah bercakap dengan pengurusannya malam tadi.

"Ia sangat bodoh, ia sangat mengecewakan kerana saya tahu Billy seorang yang baik. Dia seorang anak lelaki yang sangat baik dengan hati yang sangat murni.

"Dia banyak membantu masyarakat, dia banyak melakukan kerja amal tetapi dia juga sering melakukan perkara-perkara yang paling bodoh.

"Dunia telah berubah dan menyedari tentang semua perkara, tentang cara anda perlu melayani orang."

Saunders masih menantikan keputusan sama ada dia atau rakan sepelatih, Callum Smith, akan beradu tenaga dengan Saul 'Canelo' Alvarez di sebalik perkhabaran atlet tersohor dari Mexico yang juga seteru utamanya, Gennadiy Golovkin, semakin hampir untuk memuktamadkan pertarungan mereka.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen