Kecederaan lutut menangguh penampilan sulung Williamson dalam saingan NBA selama tiga bulan, ketika Morant menyerlah selaku pemain muda paling cemerlang.
Morant, pilihan kedua, di belakang Williamson dalam Draf NBA 2019, membantu Memphis Grizzlies merekodkan 28-26 dan kini di tangga kelapan Western Conference ketika rehat saingan All-Star.
The first half of the Rising Stars game at the United Center was all about the Zion Williamson and Ja Morant connection.
— Chicago Tribune Sports (@ChicagoSports) February 15, 2020
The second half is now under way. pic.twitter.com/3gSJHwtTP1
Dengan memastikan Pels berada dalam kelompok lapan terbaik menjadi motivasi Williamson, yang meraih 30 mata dalam dua perlawanan berturut-turut.
"Sejujurnya, ia tidak bergantung kepada saya," kata Williamson kepada ESPN mengenai persaingan Pemain Muda Terbaik.
"Saya hanya bermain dan mahu membantu pasukan layak ke saingan playoff.
"Jika saya menanginya, ia adalah bonus."
Persembahan cemerlang Williamson di peringkat sekolah dan universiti menjadikan dirinya antara pemain yang paling berpotensi sejak LeBron James pada 2003.