Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly, masih berhajat untuk mengembalikan reputasinya selaku jaguh ulung biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

Dia masih menyimpan dendam selepas terpaksa akur menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai tahun lalu.

Menurut atlet kelahiran Perlis itu, dia sebenarnya berkobar-kobar untuk menewaskan musuh ketatnya dari Belanda, Ranki Oberoi, dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020, tetapi hasratnya tersekat akibat penularan COVID-19.

Tetapi dalam masa sama, dia sedar perlu meningkatkan prestasi terlebih dahulu sekiranya mahu mengetepikan seteru rapatnya itu.





"Saya akan tebus kekalahan saya kepada atlet Belanda, Ranki Oberoi, dalam Kejohanan Dunia dan akan mempertahankan pingat emas yang saya menangi dalam temasya Olimpik Rio pada 2016.

"Tahun ini, saya agak kecewa kerana masih belum mampu untuk mencapai lompatan sejauh 8 meter," katanya kepada Astro Arena hari ini.