Kuda lasak: Aminuddin juara Piala Sultan Mizan

Oleh Tengku Danish Bahri 13 Oktober 2019 174
Kuda lasak: Aminuddin juara Piala Sultan Mizan
Penunggang Royal Kelantan Endurance (RKE), Mohd Aminuddin Ali, mengatasi cabaran 36 peserta lain untuk menjuarai Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Sultan Mizan di Lembah Bidong, pagi tadi.

Aminuddin menamatkan perlumbaan CEI 120km itu dalam masa 7 jam 21 minit 27 saat dengan purata kelajuan 16.31km/j di kedudukan pertama.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM22,500 dan sebuah motosikal.

Lebih manis kuda tunggangan Aminuddin yang diberi nama Prince turut diumumkan sebagai kuda terbaik, sekali gus memenangi RM25,000.

Wakil Thailand, Wipawan Pawitayalarp serta Warit Khuntaraporn, masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan catatan masa 8:04:27s dan 8:08:49s.

Selaku naib juara, Pawitayalarp meraih wang tunai RM16,500 dan sebuah motosikal manakala Khuntaraporn berpuas hati memenangi RM10,500 dan sebuah motosikal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP).

Kredit foto: Majlis Sukan Negeri Terengganu

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen