Kuching dalam radar aksi pembukaan LTdL 2020

Oleh Staff Writer 18 November 2019 121
Kuching dalam radar aksi pembukaan LTdL 2020
Bandar Kuching, Sarawak kini dalam radar sebagai destinasi pembukaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, menjadikannya sebagai tarikan unik dalam penganjuran ke-25 itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa, hari ini.

Ia merupakan julung kalinya laluan di Borneo dipilih menjadi sebahagian daripada perlumbaan LTdL sejak ia dimulakan pada 1996.

Mengetahui ia bakal memakan kos yang tinggi, Ahmad menjelaskan perbelanjaan masih dalam bajet penganjur, terutama kos logistik yang akan menelan belanja sebanyak RM20 juta.

"Daripada segi penganjuran, kami letakkan semuanya sekali gus. Sudah tentu cabaran terbesar adalah logistik. Jadi, kami melihat kepada kemasukan minimum. Banyak yang kami perlukan daripada Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam masa sama, Ahmad akan cuba menarik sekurang-kurangnya enam hingga 10 pasukan bertaraf jelajah profesional dunia (Pro Tour) untuk menyertai saingan tahun depan selepas tiada pasukan bertaraf sedemikian bagi edisi 2018.

"Sebab utama kami jadualkan perlumbaan pada Februari depan adalah kami tidak mahu bertembung dengan saingan lain. Tahun lalu, banyak perlumbaan berlangsung serentak. Ia menyebabkan ramai pelumba tidak datang ke Malaysia."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen