Ujian kualiti air setiap dua jam antara prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan dalam perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama pemegang taruh utama sukan renang Malaysia.

SOP itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), minggu depan.

"Keputusan hari ini sangat baik, industri sukan renang akan dimulakan tidak lama lagi selepas telah membentangkan SOP kepada ASUM, MSN dan KBS," kata Pengurus akademi renang, Abd Hafiz Salleh.

"Saya berharap pihak kerajaan memberikan lampu hijau kepada SOP telah dibentangkan bagi memastikan kelas serta latihan renang dapat disambung semula," kata Pengarah akademi renang, Hong Meow Leong.

"Kami memberikan penelitian kepada penjarakan sosial dalam SOP telah ditelah diketengahkan kerana aktiviti tanpa kontak perlu diberikan penekanan dalam memastikan industri sukan renang dapat disambung semula," kata Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen.