Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) mengadakan Kelas Belajar Asas Berenang di Kolam Renang KSKK.

Kelas belajar berenang itu terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dengan dibahagikan kepada tiga sesi.

Sesi pertama telah diadakan pada 27-30 November dan akan diteruskan pada 4-7 Disember manakala sesi kedua pada 8-9, 11-16 Disember dan sesi ketiga pada 18-23 dan 27-28 Disember.

Masa pilihan menyertai sesi itu adalah 8.30-9.30 pagi, 9.30-10.30 pagi dan 3.00-4.00 petang.

Pendaftaran penyertaan boleh dibuat menerusi kaunter tempahan KSKK setiap hari pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kakitangan KSKK di nombor 088-259466 atau 088-232166.