KRM yakin pembinaan Stadium Ragbi Nasional tidak terjejas 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Februari 2020 117
KRM yakin pembinaan Stadium Ragbi Nasional tidak terjejas 
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, yakin kemelut politik negara tidak akan menjejaskan projek pembinaan Stadium Ragbi Nasional di Putrajaya yang dijangka bermula selewat-lewatnya Mei depan.

Peminat ragbi negara sudah menunggu sejak lima tahun lalu untuk memiliki stadium bertaraf nasional pertama negara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam fasa melantik kontraktor, sekali gus badan induk itu boleh menarik nafas lega.




"Kami telah melalui proses yang jauh kerana tender sudah dikeluarkan dan saya difahamkan pada hujung bulan ini, bahagian kewangan KBS akan memuktamadkan proses penilaian tersebut," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.

KBS merancang membina Stadium Ragbi Nasional dengan kapasiti 2,500 tempat duduk dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tpada ahun lalu mengumumkan pembinaan stadium itu dengan bajet RM17 juta.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen