Walaupun masih di tahap perbincangan, Liga Ragbi Malaysia diyakini bakal melepasi kemelut tajaan sebelum Ogos depan.

Bagi musim ini, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mencipta kejutan apabila bercadang untuk mengadakan liga tempatan pertama.

Naib presiden badan itu, Fahmy Abdul Jalil, sedar perancangan itu memerlukan kos yang tinggi tetapi optimis mampu menyelesaikannya.

"Insya-Allah, selepas perbincangan exco awal tahun ini serta seminar pengurusan pada bulan depan, kami akan perbaharui konsep. Ia mungkin daripada segi kos penganjuran serta hadiah dan bentuk perlawanan yang lebih panjang bermula Ogos hingga Disember depan," katanya.

"Daripada segi sektor pemasaran, kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan tajaan. Mungkin kami akan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk jalankan kejohanan. Diharapkan ia boleh beri impak daripada segi kos dan sebagainya."



Editor: Nafis Abdullah