Kovago mahu Malaysia padam luka lama

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2017 133
Kovago mahu Malaysia padam luka lama
Jurulatih skuad hoki ais negara, Kristof Kovago, mahu anak buahnya bangkit memadam luka dikalahkan Filipina dalam Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu, apabila kedua-dua pasukan sekali lagi membuat perhitungan dalam Kejohanan Hoki Ais Piala Cabaran Asia B-20 tahun bermula esok.

Skuad hoki ais negara hanya tewas tipis kepada Filipina 8-7 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
 
Kekalahan itu benar-benar perit untuk ditelan memandangkan Malaysia beraksi di laman sendiri sambil mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

Kovago yang menggunakan barisan pemain hampir sama ketika kempen Sukan SEA mengharapkan agar anak buahnya sudah boleh memperbaiki kesilapan ketika pertemuan terdahulu.

"Persiapan kami agak baik tetapi tidak seperti saingan Sukan SEA. Beraksi di laman sendiri akan menjadi kelebihan dan cuba memastikan kami meraih pingat emas," katanya.

Menyedari persiapan untuk kejohanan ini tidak sehebat untuk Sukan SEA, skuad negara tidak gusar memandangkan empat lagi negara turut berada dalam situasi sama.

Selain misi menundukkan Filipina, Malaysia turut menyasarkan menjadi juara bagi kejohanan kali ini.

“Kami akan berusaha untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang lepas. Saya tidak pasti apa yang akan terjadi, tetapi kami akan berusaha untuk mencipta kemenangan ke atas Filipina,” kata kapten pasukan, Bryan Lim Chee Ming.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen