Koronavirus: Skuad olahraga kecewa berganda

Oleh Penulis Jemputan 27 Januari 2020 445
Koronavirus: Skuad olahraga kecewa berganda
Skuad olahraga negara menerima tamparan berganda apabila Kejohanan Dalam Dewan Asia di Hangzhou, China, yang sepatutnya bermula 12 Februari ini, terpaksa dibatalkan gara-gara kebimbangan penularan wabak novel koronavirus di negara itu.

Walaupun berat hati, skuad negara perlu menerima keputusan yang ditetapkan Persatuan Olahraga Asia (AAA) itu memandangkan ia melibatkan keselamatan dan kesihatan setiap atlet dan pegawai yang terlibat.

Ia merupakan kekecewaan berganda buat atlet negara selepas turut menarik diri daripada Kejohanan Dalam Dewan Iran kerana ketegangan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini.

Mereka perlu mencari kejohanan secepat mungkin kerana tarikh tutup kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah semakin hampir.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena selanjutnya.




Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen