KOM tunggu lampu hijau hantar atlet ke Jerman 

Oleh Penulis Jemputan 12 Oktober 2017 56
 KOM tunggu lampu hijau hantar atlet ke Jerman 
Khairul Hafiz Jantan tidak akan keseorangan ke latihan pusat di Manhein, Jerman, pada Februari depan tatkala Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bercadang untuk menghantar kesemua wakil negara yang layak ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia.

Perkembangan itu akan bergantung kepada senarai atlet olahraga yang diluluskan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan KOM menyenaraikan 17 nama untuk ke Gold Coast.

Senarai 12 atlet lelaki dan lima wanita itu termasuk jaguh lempar cakera, Irfan Shamsudin, raja lompat tinggi, Nauraj Singh, dan paling penting adalah Khairul Hafiz serta kuartet 4x100 meter negara. 

Ini kerana Khairul memiliki kempen penting pada Mac nanti menerusi pembabitannya dalam Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Birmingham, England. 

"Setakat ini, kesemuanya 17 atlet berkenaan telah melepasi had kelayakan Sukan Komanwel. 

"Pada 2014, Khairul Hafiz mencatat masa 10.18 saat, catatan itu mampu meletakkannya di posisi keenam temasya tersebut.

"Saya berharap MOM akan memberi kelulusan kepada 17 atlet yang disenaraikan ini supaya kami boleh mempercepatkan program yang kami rancangkan untuk mereka," katanya.

Dalam masa sama, Zainal juga menegaskan perancangan lanjutan untuk kempen Gold Coast selain kem di Manheim masih dalam perbincangan. 

"Bergantung kepada peruntukan yang ada untuk mempersiapkan pasukan. Tidak guna kalau kami cakap akan ke sana dan sini kalau tidak mendapat peruntukan yang secukupnya. 

"Saya berharap program yang dirangka ini mendapat kelulusan. Bukan sahaja membabitkan latihan, bahkan pertandingan di luar negara."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen