Kok Chi cabar NSA dedah asas kewangan

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2018 155
Kok Chi cabar NSA dedah asas kewangan
Pemerhati sukan negara, Datuk Sieh Kok Chi, mencabar semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) mendedahkan asas kewangan mereka dalam bengkel program latihan atlet bermula Selasa ini sebelum mengkritik tindakan kerajaan mengurangkan bajet terhadap sukan.

NSA sepatutnya memiliki asas kewangan sendiri untuk menggerakkan program mereka.

Ia sama ada menerusi aset atau pelaburan, sekali gus tidak bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

Contohnya, hanya beberapa persatuan memiliki bangunan sendiri seperti bola sepak, ping-pong dan menembak yang mengurangkan kebergantungan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Sesetengah persatuan semakin lemah dan terlalu bergantung kepada kerajaan," kata Kok Chi.

Sementara itu, KBS meminta pegawai utama persatuan sendiri menyertai bengkel itu berbanding hanya menghantar wakil.

Tindakan itu bagi mengelak salah faham kerana faktor kewangan penting dalam menggerakkan program latihan dan kejohanan buat atlet negara.

"Keutamaan itu bergantung kepada perancangan persatuan untuk membawa atlet menyertai kejohanan serta pencapaian barisan atlet itu sendiri di pentas antarabangsa," kata Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen