Saingan Golf Klasik CIMB 2017 yang menawarkan hadiah bernilai 30 juta ringgit bakal menjadi rebutan 78 pemain golf seluruh dunia, termasuk tiga wakil dari Malaysia apabila memulakan saingan di TPC Kuala Lumpur, Khamis ini.

Saingan yang bakal memasuki edisi ketujuh itu semakin menampakkan nilai prestijnya apabila bukan sahaja menghimpunkan barisan elit pemain golf dunia, namun turut meningkatkan nilai wang kejuaraan sebanyak RM30 juta.

Barisan pemain negara yang diketuai oleh Gavin Kyle Green dan Nicholas Fung, yang akan membuat penampilan keenamnya dalam kejohanan selepas menempah slot apabila memenangi Kejohanan Kebangsaan CIMBm Julai lalu, serta pemain senior, Danny Chia.

Ia seakan mengulangi skrip 2015 yang turut menyaksikan tiga wakil Malaysia menghantar tiga wakil menerusi Beng Leong, Arie Irawan dan Danny Chia.

Berbeza pada 2017, Gavin bakal mencuri tumpuan kerana dia kini mendahului dalam senarai order of merit Jelajah Asia 2017 dan dalam masa sama, dia baru sahaja memenangi Taiwan Masters pada 2 Oktober lalu, yang juga kejuaraan Asianya yang pertama.

"Saya masih belajar dalam laluan untuk menjadi pemain yang terbaik. Saya menikmatinya. Di luar lapangan, saya lebih santai tetapi saya agak serius di dalam lapangan," kata Gavin.

gavin akui permainan semakin matang sejak membuat penampilan pertama dalam jelajah pga di terbuka safeway, california.

klasik cimb 2017 merupakan kejohanan bertaraf jelajah pga yang keempat dirinya dan dia tekad untuk perbaiki pencapaian 2016 apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke 69.

"Ia paling mendebarkan kerana ramai pemain hebat bermain , dalam masa sama anda tidak mahu bimbang kerana anda daripada Jelajah Asia atau tidak bermain dalam jelajah besar sebelum ini. Ia adalah proses pembelajaran.

"Selepas bermain pada tahun lalu membuatkan saya lebih baik, dan beraksi dalam beberapa kejohanan selepas itu, membuatkan saya lebih relaks dalam CIMB. Ia agak baik bagi saya," tambah Gavin.

Antara pemain golf ternama yang bakal memberikan cabaran dalam Klasik CIMB 2017 adalah juara bertahan, Justin Thomas dari Amerika Syarikat, serta pemain nombor tiga dunia, Hideki Matsuyama.