Kim Fatt sedia perjuang sukan wushu

Oleh Penulis Jemputan 16 Disember 2019 87
Kim Fatt sedia perjuang sukan wushu
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, mahu membela maruah sukan wushu dalam penganjuran Sukan SEA bermula di Vietnam 2021.

Sehingga ke penganjuran Sukan SEA Filipina, jumlah acara dalam sukan wushu, tidak menentu dan hanya ditentukan pasukan tuan rumah yang meletakkan kepentingan keperluan kutipan pingat semata-mata.

Kim Fatt tidak mahu ia menjadi tradisi, malah menegaskan maruah sukan wushu perlu dijaga sebaik-baiknya jika benar mahu sukan itu mendapat tempat sehingga ke peringkat dunia.

Beliau yang baru sahaja menganggotai jawatankuasa exco dalam Persekutuan Wushu Antarabangsa sejak Oktober lalu akan memperjuangkan nasib sukan wushu di pentas Asia Tenggara.

"Seorang daripada Persekutuan Wushu Antarabangsa akan dilantik bagi menguruskan pertandingan dan perkembangan di Asia Tenggara," katanya. 

Tegas Kim Fatt, sukan wushu akan ditetapkan jumlah acaranya dan bukan lagi mengikut keperluan negara penganjur, yang akan digunakan menjelang penganjuran Sukan SEA Vietnam 2021.

"Selepas ini, ia tidak akan ditentukan oleh tuan rumah bagi menentukan acara yang mahu dipertandingkan dan sistem yang lebih baik bakal diterapkan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen