Ketumbuhan tidak halang Fatehah

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2018 1356
Ketumbuhan tidak halang Fatehah
Atlet berbasikal negara, Fatehah Mustapa, mengalami ketumbuhan dalam rahim, namun ia tidak menghalangnya mencabar siri pertama Kejohanan Berbasikal Trek Asia Tenggara di Velodrom Nilai bermula Rabu ini bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Fatehah baru dibenarkan keluar hospital selepas mengalami ketumbuhan, dengan doktor mengesahkan masalah itu tidak serius tetapi ia boleh merebak menjadi kanser jika tidak dikawal.

Apa yang penting, ratu trek negara ini tetap mahu mencabar Kejohanan Berbasikal Trek Asia Tenggara selepas dia menarik diri daripada saingan di Thailand yang sedang berlangsung ketika ini.

"Saya tidak menyertai saingan di Thailand atas nasihat doktor. Saya berharap selepas pulih daripada masalah ini, saya akan kembali bersaing dalam kejohanan antarabangsa," katanya.

Fatehah menyertai saingan Grand Prix Asia di India, minggu lalu, dan meraih pingat perak acara pecut dan gangsa keirin.

Ia kebangkitan penting selepas dia digugurkan daripada Sukan Asia Indonesia 2018.

"Saya dalam proses pemulihan sebelum menyertai saingan siri Piala Dunia di Perancis dan Kanada," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen