Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menjatuhkan hukuman gantung empat tahun ke atas pemenang dua pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Khairul Anuar Mohamad, selepas gagal ujian doping di temasya itu.

Atlet dari Pahang itu mengaku secara tidak sengaja mengambil makanan tambahan yang mengandungi steroid sebelum ini.

"Saya tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana saya masih belum mendapat apa-apa maklumat," kata Khairul.

Khairul memenangi dua emas dalam kejohanan itu masing-masing menerusi kategori 94 kilogram acara snatch dan clean & jerk lelaki.

Ia adalah kes ketiga atlet angkat berat negara yang didapati positif doping pada tahun ini.

Terdahulu, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan digantung dua tahun kerana positif steroid ketika menjalani kem latihan pusat di China.