Kes doping: Hafifi puas hati terhadap ujian sampel B

Oleh Penulis Jemputan 8 November 2017 1258
Kes doping: Hafifi puas hati terhadap ujian sampel B
Atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, yang selesai menyaksikan proses ujian sampel B air kencingnya di Sydney, Australia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Dia melahirkan rasa puas hati terhadap ujian yang dilakukan sambil menjelaskan keputusannya akan diketahui minggu depan.

"Saya sangat berpuas hati dengan ujian dan proses yang telah dilakukan," katanya. "Mereka memberitahu bahawa keputusan (sampel A) sudah dikeluarkan pada April lalu tetapi WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) tidak memaklumkan kepada IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa).

"Keputusan sampel B ini akan dikeluarkan pada minggu depan. Saya berharap segala-galanya berjalan lancar," katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu didapati positif bagi anabolic steroid oxymetholone ketika menyertai Terbuka Australia di Melbourne, Mac lalu. 

Dia berdepan penggantungan selama empat tahun kerana oxymetholone adalah bahan untuk meningkatkan prestasi yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan menggalakkan pertumbuhan otot.

Ia disifatkan sebagai bahan terlarang yang serius oleh WADA di bawah kategori S1.

Bagaimanapun, Hafifi mempunyai pilihan untuk menuntut sampel Bnya diuji.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen