Keningau juara bola jaring PSKPP 2018

Oleh Willie Jude 6 November 2018 467
Keningau juara bola jaring PSKPP 2018
Pasukan Keningau muncul juara kejohanan bola jaring sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri Sabah (PSKPP) 2018 yang berlangsung di Tawau, baru-baru ini. 

Dalam kejohanan yang disertai 18 pasukan daripada 24 daerah seluruh Sabah itu, Keningau dinobat sebagai juara selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Tawau dengan keputusan 30-20.

Terdahulu dalam saingan peringkat kumpulan, pasukan dari pedalaman Sabah itu tidak menghadapi masalah untuk memenangi kesemua perlawanan dengan menewaskan Pitas (49-1), Ibu Pejabat (46-4), Telupid (31-7) dan Tawau (23-13).

Dalam aksi suku akhir, Keningau meneruskan kecemerlangan mereka apabila mudah membenam Tuaran dengan keputusan 20-9 manakala aksi separuh akhir menyaksikan pasukan itu terpaksa berhempas pulas sebelum menang 25-19 ke atas Sandakan. 

Keningau dibarisi oleh Saleha Mersin sebagai pengurus, Rafidah Daupin (fisioterapi), Halleinah Tuanggaak selaku jurulatih merangkap pemain serta barisan pemain lain seperti Felicia Justine, Noorhayati Abd Hadi, Juvie June Junaidi, Frederica Justine, Joelene Janes Lim, Juvita Soumin, Carol Lenny Donggulu, Agnes Junchiu, Roslianna Bily @ Sylvester, Heffueney Jipines, dan Norsimah Johan.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen