Kemudahan Sukma Perak siap Februari depan -- Abdul Puhat

Oleh Hairi Yahaya 10 November 2017 278
Kemudahan Sukma Perak siap Februari depan -- Abdul Puhat
Prasarana bagi penganjuran Sukan Malaysia XIX (Sukma Ke-19) 2018, bakal siap sepenuhnya menjelang Februari depan.

Menurut Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Sukma XIX Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, sejumlah RM160 juta diperuntukkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk memastikan proses baik pulih, menaik taraf dan pembinaan semua kemudahan baharu itu berjalan lancar.

“Semua proses baik pulih, naik taraf dan pembinaan kemudahan baharu itu akan siap secara berperingkat dan meliputi semua kemudahan.

"Jangkaan kami, semua kemudahan ini akan siap pada Februari atau selewat-lewatnya awal April tahun depan,” katanya.

Sukma 2018 yang dijangka berlangsung selama 11 hari bermula 12 September, akan mempertandingkan 29 acara dan 27 venue akan digunakan sebagai gelanggang pertandingan.

Mengenai beberapa acara yang akan diadakan di luar Ipoh, Abdul Puhat berkata ini adalah usaha kerajaan negeri untuk mendekatkan sukan dengan rakyat dan idea itu dicetuskan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen