Kelantan sasar juara keseluruhan Karnival Pharmsports

Oleh Farizal Yusoff 13 Oktober 2018 111
Kelantan sasar juara keseluruhan Karnival Pharmsports
Kontinjen Kelantan menyasarkan untuk muncul juara keseluruhan  Karnival Sihat Farmasi Kebangsaan (Pharmsports) yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, mulai pagi tadi.

Karnival dua hari itu yang melibatkan seluruh ahli farmasi di negara ini mempertandingkan enam sukan utama, iaitu boling tenpin, futsal, bola jaring, bola tampar, ping pong dan bola tampar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin, yakin persiapan rapi yang dilakukan oleh tuan rumah bakal menjadi motivasi terbaik untuk menyapu bersih semua acara yang dipertandingkan.

"Kami menghormati kekuatan pihak lawan tetapi dalam masa yang sama, Kelantan yakin mampu bergelar juara berdasarkan segala persiapan yang telah dilakukan selama ini.

"Kamii telah memilih 95 atlet terbaik dan berharap segala kekuatan yang ada semasa latihan diterjemahkan di atas gelanggang permainan. Kami mahu menang kesemua acara," katanya.

Ditanya kemungkinan Karnival Pharmsports ini diadakan secara tahunan, Dr. Zaini menjelaskan pihak urus setia bersetuju untuk mengadakannya dua tahun sekali dengan penambahan beberapa acara lagi.

"Kami akan jadikan karnival ini secara dwi-tahunan dan penambahan beberapa lagi jenis sukan. Kami akan putuskan dalam mesyuarat seterusnya," katanya.

Untuk rekod, seramai 645 atlet terlibat dalam karnival yang julung kali diadakan ini dan bersaing untuk merebut 12 pingat emas yang ditawarkan dalam enam jenis acara.

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen