Kejohanan Skuasy Wanita Dunia: Sivasangari terkandas dalam pusingan ketiga

Oleh Bernama 29 Oktober 2019 183
Kejohanan Skuasy Wanita Dunia: Sivasangari terkandas dalam pusingan ketiga
Cabaran pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia berakhir apabila tewas dalam perlawanan pusingan ketiga di Mesir, hari ini.

Pemain ke-42 dunia itu mempamerkan aksi memberangsangkan menentang pilihan ke-14, Hania El Hammamy, namun kalah 8-11, 12-10, 8-11, 9-11 kepada pemain muda Mesir itu dalam saingan kira-kira 53 minit, menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.

Hania, 19, dijadual bertemu pilihan ketiga, Camille Serme, bagi penentuan tempat ke separuh akhir selepas pemain dari Perancis itu menyingkirkan rakan sepasukan Hania yang juga pilihan ke-15, Yathreb Adel, 11-6, 11-2, 11-6 hanya dalam masa 28 minit dalam satu lagi perlawanan peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, Sivasangari mengejutkan dua pemain utama -- pemain nombor lapan dunia, Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat, dalam pusingan pertama dan pemain nombor  29 dunia, Milou van der Heijden dari Belanda -- dalam pusingan kedua.

-- BERNAMA

Tentang Penulis

Bernama

Komen